Bisnes Online Malaysia

Bisnes online di Malaysia masih lagi baru berkembang jika dibandingkan dengan bisnes online di luar negara yang telah pun matang. Kebanyakan kedai-kedai di luar negara mempunyai portal online mereka sendiri disamping kedai fizikal untuk pelanggan membeli secara online.

Sejarah Bisnes Online

Selain website mereka sendiri, terdapat juga portal-portal online yang popular seperti eBay dan Amazon. Di portal-portal ini terdapat banyak penjual-penjual dari individu dan syarikat, pelanggan pon datang dari serata dunia. Amazon diasaskan pada 1994 oleh Jeff Bezos iaitu manusia terkaya yang masih hidup di dunia dengan kekayaan bernilai 148.8 billion USD, manakala eBay diasaskan oleh Pierre Omidyar pada 1995. Beliau juga antara manusia terkaya dengan kekayaan sebanyak 15.9 billion USD dan menjadi jutawan pada usia 31 tahun.

Selain daripada pengasas mereka yang kaya-raya, portal-portal seperti ini telah melahirkan begitu ramai jutawan online yang menjalankan bisnes online sepenuh masa.

Bisnes Online di Asia

Di Asia pula, bisnes online ni menjadi rancak setelah kewujudan Alibaba pada 1999 yang diasaskan oleh manusia terkaya di Asia iaitu Jack Ma dengan kekayaan bernilai 42.2 billion USD. Jika sebelum ini, hendak mendapatkan barangan daripada China, peniaga terpaksa pergi ke sana untuk membeli. Setelah kewujudan Alibaba ni, semua urusan berjaya dilakukan secara online. Pada 2010 pula AliExpress pula diwujudkan. Jika Alibaba lebih tertumpu kepada pembelian borong, AliExpress lebih kepada pembelian runcit dan dropship.

Kewujudan AliExpress ini telah merancakkan lagi aktiviti bisnes online dunia. Ramai penjual di Amazon dan eBay juga turut mendapatkan bekalan barang dari AliExpress untuk dijual semula sama ada pembelian pukal atau secara dropship. Dalam masa yang sama juga, terdapat banyak syarikat-syarikat online yang tumbuh di China dan mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.

Bisnes Online di Malaysia

Kita beralih ke Malaysia pula. Di Malaysia, antara portal shopping online yang terawal wujud ialah Lelong pada tahun 1998, kemudian diikuti oleh beberapa platform seperti Lazada pada tahun 2012 dan Shopee pada 2015. Pada akhir 90an, tidak banyak syarikat dari Malaysia yang mempunyai website sendiri dan rakyat Malaysia pada masa itu masih takut-takut untuk berbelanja secara online. Lelong telah memecah tradisi dengan menawarkan sebuah platform online untuk membeli belah kepada rakyat Malaysia.

Bisnes online di Malaysia telah berkembang sedikit demi sedikit dan terdapat banyak syarikat tempatan yang telah mewujudkan website mereka sendiri. Pada masa ini rakyat Malaysia semakin berani untuk membeli belah secara online ditambah pula dengan peningkatan kesalamatan untuk transaksi online oleh bank-bank tempatan.

Kemasukan Lazada dan Shopee telah merancakkan bisnes online di Malaysia. Kedua-duanya beribu pejabat di Singapura. Berdasarkan data sehingga suku pertama tahun 2020, pengunjung bulanan Lazada mencecah sehingga 12.32 juta manakala Shopee ialah seramai 27.27 juta meninggalkan Lelong jauh ke belakang dengan jumlah pengunjung bulanan sebanyak 1.1 juta. Kita bayangkan begitu ramai pengunjung di Lazada dan Shopee melebihi jumlah pengunjung pasaraya ternama di Malaysia. Oleh itu, menjadi seller di Lazada dan Shopee adalah seumpama membuka sebuah kedai di dalam sebuah pasaraya yang sentiasa ramai pengunjung 24 jam tanpa henti tanpa perlu membayar sewa kedai yang mahal.

Kepakaran

Tidak ramai peniaga di Malaysia yang sedar perkara ini. Dari itu, kami mengambil inisiatif membukukan pengalaman kami selama lebih 10 tahun menjalankan perniagaan online di Malaysia dan seluruh dunia. Jumlah transaksi keseluruhan sepanjang tempoh itu bernilai melebihi $1 juta USD. Bagi pasaran tempatan, kami adalah di antara penjual yang terawal di Lazada dan Shopee semasa ia masih belum popular dan dikenali lagi di Malaysia, kami telah dijemput secara khas oleh pengurusan Lazada dan Shopee untuk menjadi seller, beberapa seminar offline dan online juga diberikan untuk memantapkan jualan di kedua-dua platform tersebut.

Pengalaman dan tips berniaga di Lazada dan Shopee ada dikongsikan di dalam 2 buah ebook iaitu Bisnes Lazada dan Bisnes Shopee. Tujuan utama ialah untuk memberi kesedaran dan berkongsi pengalaman kami bagaimana menjana pendapatan secara online sepenuh masa secara betul. Ia berdasarkan berpengalaman luas kami menjual pelbagai barangan barangan di kesemua platform yang disebutkan di atas iaitu Amazon, eBay, Lelong, Lazada dan Shopee. Antara anugerah pencapaian yang pernah diperolehi ialah eBay Top Rated Seller, Lelong Star Seller dan Shopee Preferred Seller. Selain itu, kami juga selalu mendapatkan bekalan secara terus daripada penjual di Alibaba dan AliExpress untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Akhir kata

Diharap ebook ini dapat membantu lebih ramai untuk menjana pendapatan secara online. Anda masih belum terlambat untuk bermula sebagai penjual online yang berjaya. Bisnes online di Malaysia ini masih baru berkembang dan masih belum tepu. Panduan yang diberikan di dalam kedua-dua ebook ini amat mudah difahami dan “straight forward”. Walaubagaimanapun, untuk menjual di Lazada dan Shopee, anda tak perlu sebarang modal, anda boleh “explore” sendiri dan “try and error”. Namun pepatah English ada menyebut “do not reinvent the wheel”. Hanya “follow” cara kami, kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang beribu-ribu untuk mencari formula kejayaan berniaga di Lazada dan Shopee. Anda boleh berjaya.

Sekiranya berminat mendapatkan detail lanjut boleh klik Bisnes Lazada atau Bisnes Shopee. Ebook ini dijual secara berasingan. Terdapat ebook bonus dan keahlian Group Support VIP percuma seumur hidup untuk anda. Kami memang serius ingin membantu.

Terima kasih.

jenin
John Jenin
error: Content is protected !!